design

comel


Pengikut

10.06.2011

berkasih jangan lupa sahabat!!!!!!!


-menjaga hubungan
Jika kamu tidak sempat menghubungi sahabat kamu,jangan lupa telefon atau menghantar sms kepadanya .cara tersebut menunjukan  bahawa kamu tidak melupakannya dalam apa jua keadaan,biarpun sedang bersama kekasih hati

-jadi pendengar yang baik
Jika sahabat kamu sedang bercakap jangan potong percakapannya.jangan menoleh kekanan atau kekiri sebaliknya duduk secara berhadapan itulah tandanya kamu member perhatian terhadapnya

-jangan asyik cerita tentang kekasih
Bercerita soal kekasih boleh saja! Tapi jangan terlalu kerap sehingga membuat sahabat kamu berasa bosan. Tetapi jangan terlalu merahsiakannya. Sebagai sahabat, kamu boleh berkongsi apa-apa sahaja termasuk lah hal kekasih

-ajak keluar bersama
Jika ingin keluar bersama sahabat-sahabat kamu, bawalah sekali kekasih agar si dia lebih mengenali sahabat-sahabat kamu. Sebagai sahabat, mereka akan menerima kekasih kamu jika hubungan yang terjalin adalah akrab. Malahan ia akan merapatkan lagi hubungan kamu dengan sahabat

-mengutamakan yang pertama
Jika kamu bercadang untuk keluar bersama sahabat kamu , jangan batalkannya hanya kerana kekasih ingin pergi bersama. Hal ini hanya akan membuat sahabat kamu marah dan ingat persahabatan boleh diteruskan sampai bila-bila tetapi hubungan dengan keksaih belum tahu akan kesudahannya.

-berterus-terang
Berterus terang kepada sahabat jika kamu keluar bersama keksaih.memberitahu hal yang sebenar kepada sahabat kamu, membuatkan sahabat kamu akan lebih dihargai.

KATA HIKMAT SAHABAT

  • sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti
  • apabila kamu ingin mengambil seseorang menjadi teman, maka buatlah disupaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu ,maka ambilah dia menjadi sahabatmu
  • kalau kamu ramai sahabat bersyukurlah!lantaran ramai orang menghargai dan memperhatikan kamu ,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat
  • persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman
  • manusia yang paling lemah ialah orang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itulah ialah orang yang mensia-siakan teman yan diperolehnya
  • sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu dan bukan orang lain

HARGAI SAHABAT KAMU

  • sahabat kamu bersifat ceria sama ada terhadap dirinya atau terhadap kamu. jika kamu berasa ceria setiap kali bersama-samanya, hargailah dia 
  • sahabat kamu sentiasa memberi ketenangan dan tidak pernah menyukarkan hubungan persahabatan
  • sahabat kamu sentiasa berbaik sangka , malah menegur apabila kamu mulai buruk sangka.Dia menegur kerana dia sayang akan persahabatan kalian
  • sahabat kamu tidak suka mengata .Apabila duduk berbual atau berbincang dia tidak pernah mengata tentang orang lain
  • sahabat kamu sentiasa ikhlas dalam apa jua keadaan .ikhlas ketika berbual ,ketika menegur ,ketika memuji dan sebagainya.
  • sahabat kamu sentiasa jujur dalam persahabatan dan tidak pernah ada niat buruk sama ada ketika bersama-sama atau pun tidak
  • sahabat kamu memiliki tutur kata yang sopan dan mulia. tidak pernah mengeluarkan kata-kata yang tidak enak didengar
  • sahabat kamu berfikiran positif dan rasional ,tidak pernah melulu dalam perkataan dan perbuatannya malah setiap kata-katanya ada sebab dan munasabah yang dapat diterima
  • sahabat kamu memiliki hati dan niat yang baik.jika dia menegur atau menasihati kamu ,tidak ada niat lain selain untuk kebaikan bersama-sama bukan untuk mendapat pujian atau perhatian
  • sahabat kamu memiliki pendengaran yang baik.perkara ini mampu mengelakan daripada tersilap dengar dan pentasiran daripada kata-kata yang didengarinya



4 perkara dalam memperdalamankan persahabatan



  • mesra penuh penyantun
  • kasih sayang
  • merisik khabar
  • belas kasihan
Daripada Usamah bin Zaid r.a
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"jika seseorang menerima suatu kebaikan daripada  seseorang yang lain,kemudian ia mengatakan ;
'semoga Allah memberi balasan yang baik kepada engkau;'
maka ia telah menyampaikan penghargaan yang tinggi

riwayat al-tirmizi