design

comel


Pengikut

4.26.2012

cara mengatasi gemuruh

Bagaimana untuk menghilangkan rasa gemuruh? Perasaan gemuruh adalah perkara yang lazim terjadi kepada setiap orang apabila perasaan takut muncul. Perkara ini berlaku kerana kesan dari fisiologi badan yang bertindak secara otomatis sebagai tujuan keselamatan mandiri. Kesannya adalah seperti berikut



1. Kenaikan kadar glukosa dalam darah
2. Kenaikan kadar kortikostroid dan katekolamina dalam darah dan air kencing
3. Kenaikan kadar denyutan jantung
4. Kenaikan tekanan darah
5. Kekeringan pada bibir dan mulut
6. Pelebaran pupil
7. Kesukaran bernafas dan nafas turun naik dengan cepat.
8. Serangan sejuk dan panas
9. Rasa kaku dan kebas pada anggota badan
10. Peluh sejuk keluar daripada rongga kulit

Teknik untuk mengatasinya ialah dengan cara

1. Pernafasan- lakukan pernafasan sehingga 30 kali iaitu pastikan nafas yang disedut hingga ke pusat dan tahan selama 7 saat dan hembuskan kembali. Bagi memastikan nafas disedut dalam2, maka cuba gunakan tangan kanan pegang dibahagian dada dan tangan kiri di bahagian pusat. jika kedua2 tangan terasa bergerak ,maka anda telah berjaya melakukannya

2. Persediaan dan latihan amat diperlukan. Jika anda takut untuk berucap atau temuduga persediaan apa sahaja isi atau bahan berkenaan perlu dibuat. Selepas itu anda boleh berlatih seorang di hadapan cermin.
3. Pastikan anda tersenyum apabila berhadapan dengan penemuduga ataupun khalayak

4. Jangan terlalu memikirkan mereka hanya memberikan tumpuan pada anda dan mengwujudkan sangkaan 2 negatif pada diri anda. Sebenarnya mereka lebih berminat supaya anda dapat sampaikan secara yang baik ikut kemampuan anda

5. Tanyakan apakah perkara yang paling buruk akan terjadi jika anda melakukan persembahan dan anda akan brsedia terima apa sahaja . Apa yang penting anda akan baiki dari masa ke semasa

6.Rasa gemuruh makin dilawan makin menjadi kesannya. Jadi anda perlu terima dalam keadaan tenang kerana ini cara badan anda untuk respon supaya anda dapat buat yang terbaik . Anggapkan rasa gemuruh sebagai 'kawan' dan bukanya lawan anda,. Dengan cara ini anda akan dapat mengawal perasaan tersebut dengan lebih mudah lagi.

7. Sematkan kata-kata positf dalam diri anda bahawa anda yakin anda pasti boleh melakukan. Lakukan berulang-ulang dengan penuh emosi dan percaya diri.

8.Hubungan mata sangat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tingkat keyakinan anda . Elakkan dari bercakap dengan keadaan yang menunduk dan juga tiada hubungan mata(eye contact)

9. Tumpukan pada isi yang hendak anda sampaikan dan bukannya menumpukan perasaan apa yang orang lain akan katakan pada anda. Jika tidak anda hanya akan wujudkan perasaan gelabah
10. Gambaran minda yang berulang-ulang perlu dilakukan supaya anda menyampaikan mesej kepada minda bawah sedar anda. Bayangkan anda dapat melakukan perkara yang anda takuti dengan jayanya. Anda dapat laksanakan secara hebat dan orang lain berasa kagum pada anda. Kesannya apabila anda melakukan pada masa sebenar, kesan secara otomatis akan berlaku tanpa anda sedar.Lakukan juga saranan auto pada diri anda berulang kali. Rasakan kehebatan itu dan lakukan anchoring seperti petik jari , gengam tangan dan sebagainya bagi menandakan rasa hebat tersebut
11. Teknik doa adalah paling berkesan seperti doa nabi Musa
Doa Nabi Musa AS

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku; ( Surah Taha : 25 -27 )

Atau Ya Allah ilhamkan daku kecerdasan dan lindungilah aku dari sifat jahat nafsuku

12.Persedian mental ialah anda memang benar-benar seronok untuk melakukan perbuatan tersebut, jadi anda perlu sampaikan dengan rasa excited.

13.Katakan pada diri anda bahawa apa sahaja yang anda buat walaupun apa sahaja kesilapan anda sedia untuk menanggungnya atau reda terimanya. Cara ini menjadikan minda anda tidak tertekan dan rasa santai yang menyebabkan anda boleh melakukan dengan lebih baik dan lebih baik lagi.

14. Katakan berulang-ulang dengan diri saya suka jumpa dan bercakap dengan anda dan anda juga suka untuk berjumpa dan mendengar apa yang saya cakap.

4.24.2012

Tip Bangkit Daripada Kegagalan

1) lakukan aktiviti menyeronokkan
2) bersosial
3) berfikiran positif
4) bersikap terbuka
5) usah menyalahkan diri & orang lain
6) sokongan keluarga & teman
7) jaga kesihatan
8) luah perasaan
9) potensi diri

UkHuWaH ItU InDaH

Indahnya suatu persahabatan itu apabila ia wujud kerana Dia. Indahnya bila cinta yang ada kerana Dia. Indahnya kasih sayang yang wujud kerana Dia. Indahnya bila segalanya disandarkan hanya kerana Dia. Indahnya bila segala perbezaan disatukan kerana matlamat yang satu, iaitu menggapai redha-Nya.
Tapi indahnya ukhwah itu tak cukup sekadar di mulut , Tak terlestari sekadar pada baris-baris ayat sahaja dan dalam satu-satu hubungan itu pastinya ada ujian. Maka, timbullah episod-episod terasa hati, tak puas hati, bersedih hati, makan hati, sakit hati akan menjengah hidup kita dan pastinya semua ini mampu menggugat cinta yang dah terbinayang lahirnya semua dari hati
Apa juga permasalahannya, semuanya dari hati. Kita semua berbeza. Maka berlapang dadalah. Jangan biarkan penyakit-penyakit hati meraja dalam diri. Sebab pasti, kita yang akan rugi.
Hidup tanpa kebasahan jiwa ukhwah, seperti hidup yang mati!
Ukhuwah
Saya baru diketuk kebenaran. Ukhuwah yang manis tidak akan dapat digapai secara membuta tuli. Tak cukuplah ukhuwah itu dengan hanya bertegur 'hye-hye dan bye-bye' tetapi ukhuwah yang sebenar melahirkan kesatuan dan menenangkan hati. Bila persaudaraan yang dihulur bukan keranaNya, percayalah, kita akan kalah dengan ujian dan berpecah juga akhirnya.
Ukhuwah itu mengalami beberapa tingkatan proses iaitu :
1. Ta'aruf : Saling Mengenal
2. Tafahum : Saling Memahami
3. Ta'awun : Saling Menolong
4. Takaful : Saling Menanggung
5. Itsar : Mendahulukan orang lain daripada diri sendiri


Di mana letaknya ukhuwah kita?
Saya sering merefleksi diri, melihat di mana kedudukan kami. Saya akui mungkin masih jauh dari menikmati nikmatnya ukhuwah yang sebenar. Namun, perjalanan ini tidak akan terhenti di sini. Saya mahu ukhuwah kami bersemi hingga bila satu saat kami ditakdirkan terpisah jauh, saya tidak perlu gusar. Kerana hati-hati kami telah pun terikat padu.
Saya mengharapkan setiap dari kami sentiasa disuluh hidayah Illahi, sentiasa berada dalam biah solehah hingga nanti apabila kami ditakdirkan berkahwin, setiap dari kami mampu membina baitul muslim yang baik. Saya harapkan setiap kami sedia berjihad dan syahid. Saya mengharap dengan sangat agar kami menjadi tetangga di syurga nanti.
semoga Allah perkenankan.

4.23.2012

memutuskan silaturahim ; satu dosa besar

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”


 
Huraian
i) Silaturahim bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang telah terbina terhadap saudara, kerabat, teman dan sebagainya.


ii) Membina dan mengeratkan silaturahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah s.a.w amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya:” Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari.”


iii) Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan malah ia membawa erti yang lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya.


iv) Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahului dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.


v) Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T.

CoUpLe YaNg HaLaL


Indah kan kita bercinta?
Indah kan bila kita saling merindu?
Indah kan bila kita boleh berpengangan tangan di hadapan semua orang?
Indah kan bila kita saling meluangkan masa?
Dan indah kan bila semua itu HALAL untuk kita?

Allah SWT berfirman, “Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai karena Aku, saling kunjung-mengunjungi karena Aku, dan saling memberi karena Aku.” (Hadits Qudsi).
Cinta tu fitrah,
Cinta tu indah.
Dan lagi indahnya cinta itu,
Bila 'i love you'
Lebih-lebih lagi redha Allah dan hubungan yang sah!


Sebenarnya,tak salah untuk kita kahwin awal atau kahwin muda. Malah Perkahwinan itu suatu ibadah , sesuatu yang indah .Dan  cantiknya cinta itu bila kita menikah dahulu disebabkan rasa sayang dan hormat kita pada pasangan kita, kerana kita bimbang jika cinta kita dan pasangan kita itu boleh menyebakan dosa dan maksiat .Inilah yang baru dinamakan cinta!
Pernah dengar tak pasal nikah khitbah? Nikah khitbah ini sebenarnya indah,seronok dan bukannya menakutkan. Nikah khitbah ini bermaksud apabila pasngan itu menikah tetapi tinggal berasingan atau orang melayu panggil ia sebagai 'nikah gantung' .Nikah khitbah ni sebenarnya macam tiket untuk betul-betul ber'couple' dan bercinta dengan pasangan kita.Dengan tiket nikah ni, tiada masalah untuk kita bermesra, bergurau senda dan sebagainya dengan pasangan kita kerana dah disahkan sebagai suami isteri yang lebih menepati khitbah secara Islam.
'Couple' lain semua bercinta
Tapi kita lebih istimewa kerana saling mencintai kerana Allah
'Couple' lain berpegangan tangan dan ianya berdosa
Tapi kita halal untuk berpegangan tangan dan bermesra dengan izin Allah.
Seonok kan??
"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1).
Oleh itu, bagi anda yang sedang bercinta atau mencintai seseorang . Hormatilah pasangan anda dan janganlah kalian melakukakan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.Atau jika anda dan pasangan anda saling mencinta , jagalah hati dan ambillah langkah seperti 'nikah khitbah' ini.Dengan nikah khitbah ini, bolehlah kita menjadi 'couple' dengan romantik dan halal. 
Indah kan?

Semoga Allah menganugerahkan saya dan awak cinta yang paling indah , halal dan berkekalan sampai jannah.Alhamdulillah :)

(¯`*•.¸♥ Air Mata Seorang Wanita ♥¸.•*´¯)



Air mata seorang wanita,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta lelaki,Maka hilanglah sifat takwanya.

Air mata seorang wanita,
... Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,Maka hilanglah sifat keredhaannya.

Air mata seorang wanita,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,Maka terbitlah sifat penyayangnya.

Air mata seorang wanita,
Andai mengalir kerana terluka,Maka hilanglah sifat ketabahannya dalam mengharungi ranjau kehidupan.

Air mata seorang wanita,
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,Memadamkan api neraka kelak...(◕‿◕)

kesabaran adalah segala-galanya

sabar itu saja perkataan yang mampu ku pertahankan dalam kehidupan ku kini
kerana sabar itu lah banyak membantu ku memperjuangkan apa yang ku impikan
hanya itu lah kini ku bertahan
jauh di sudut hati ku
ku telah kalah tapi berkat kesabaran itu lah ku mampu terus kehadapan
banyak telah ku hadapi halangan dan cabaran

*segala apa yang orang lain bercakap tentang kita harusnya sabar selagi boleh sabar hanya itu mampu kita lakukan