Indah kan kita bercinta?
Indah kan bila kita saling merindu?
Indah
kan bila kita boleh berpengangan tangan di hadapan semua orang?
Indah
kan bila kita saling meluangkan masa?
Dan indah kan bila semua
itu HALAL untuk kita?
“Allah SWT berfirman,
“Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai karena
Aku, saling kunjung-mengunjungi karena Aku, dan saling memberi karena
Aku.” (Hadits Qudsi).
Cinta tu fitrah,
Cinta
tu indah.
Dan lagi indahnya cinta itu,
Bila 'i love you'
Lebih-lebih
lagi redha Allah dan hubungan yang sah!
Sebenarnya,tak
salah untuk kita kahwin awal atau kahwin muda. Malah Perkahwinan itu
suatu ibadah , sesuatu yang indah .Dan cantiknya cinta itu bila kita
menikah dahulu disebabkan rasa sayang dan hormat kita pada pasangan
kita, kerana kita bimbang jika cinta kita dan pasangan kita itu boleh
menyebakan dosa dan maksiat .Inilah yang baru dinamakan cinta!
Pernah
dengar tak pasal nikah khitbah? Nikah khitbah ini sebenarnya
indah,seronok dan bukannya menakutkan. Nikah khitbah ini bermaksud
apabila pasngan itu menikah tetapi tinggal berasingan atau orang melayu
panggil ia sebagai 'nikah gantung' .Nikah khitbah ni sebenarnya macam
tiket untuk betul-betul ber'couple' dan bercinta dengan pasangan
kita.Dengan tiket nikah ni, tiada masalah untuk kita bermesra, bergurau
senda dan sebagainya dengan pasangan kita kerana dah disahkan sebagai
suami isteri yang lebih menepati khitbah secara Islam.
'Couple'
lain semua bercinta
Tapi kita lebih istimewa kerana saling
mencintai kerana Allah
'Couple' lain berpegangan tangan dan ianya
berdosa
Tapi kita halal untuk berpegangan tangan dan bermesra
dengan izin Allah.
Seonok kan??
"Hai sekelian
manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari
diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan
dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan
bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling
meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim.
Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa':
1).
Oleh itu, bagi anda yang sedang bercinta atau mencintai
seseorang . Hormatilah pasangan anda dan janganlah kalian melakukakan
perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.Atau jika anda dan pasangan
anda saling mencinta , jagalah hati dan ambillah langkah seperti 'nikah
khitbah' ini.Dengan nikah khitbah ini, bolehlah kita menjadi 'couple'
dengan romantik dan halal.
Indah kan?
Semoga Allah
menganugerahkan saya dan awak cinta yang paling indah , halal dan
berkekalan sampai jannah.Alhamdulillah :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan