design

comel


Pengikut

12.19.2011


Selangkah ku mencari cinta itu semakin gelisah perasaan  ini
Selangkah ku menanti semkin berdebar jantung ini
Kenapa hati selalu berbicara tentang cinta ???
Ku leraikan segala terkusut
Demi menjaga hati mu ku rela mengalah selalu
Ini kah aku harus terima
Telah sekian lama
Menjadi pelakon dalam ceritamu
Cinta ku rindu bukan terkusut
Hati sentiasa bertanya
Dimana kah hujung jalan cerita

11.02.2011

JANGAN JADI KORBAN CINTA

 *keburukan pengorbanan tidak bertempat*

>maruah diri tergadai
walau sedalam mana pun cinta kamu kepada si dia ,jangan sesekali mempertaruhakan maruah diri sebagai tanda sayang.jika dia ikhlas dia akan menjaga kamu dengan baik dan menghormati kamu sebagai perempuan yang akan menjadi suri hidupnya.berfikirlah dengan teliti sebelum membuat keputusan untuk berkorban diri demi lelaki bukan suami kamu.

>menderita & kecewa
pengorbanan yang keterlaluan

10.25.2011

izinkan cuma engkau yang bertakhta dihati

Di pelataran dinginnya malam, ku terdampar sendiri.
Saat ini, tika ini, hati seakan terdera dengan amukan hawa nafsu dan perasaan yang mengetuk-ngetuk tangkai hati. Tidak semena-mena, titisan jernih jatuh, setitis demi setitis. Hati sebak.
Dibiarkan air jernih itu mengalir hangat. Berlawan dengan emosi, ternyata seringkali diriku menjadi kalah. Nurani membentak, jiwa ini tidak tenang. Kenapa? Kenapa begini? Kenapa sekarang jadi begini?
Dulu hati itu dapat merasai sebuah ketenangan. Namun kini ketenangan itu seakan-akan diragut. Diragut oleh siapa? Apakah ia hilang ditarik oleh Tuhan? Atau kerana dosa-dosa yang dilakukan? Soalan-soalan itu bertubi-tubi menyoal, namun hati sememangnya tidak mampu menjawab. Terdiam sepi. Adakah hati itu telah mati?
Memang tidak ku nafikan, dia sangat menyayangi diri ini. Tetapi berkali-kali ku ingatkan pada diri, kasih sayang itu tidak abadi!
'Berpada-padalah dalam menyayangi, jika tidak kelak dikau akan menangisi!'
Entah dari mana suara itu datang dan berbisik pesanan, kemudian hilang.
Namun kini, ku pula yang terkena panahan kasihnya itu. Semakin ku lari, semakin dia mendekati. Benarlah. Menjaga sekeping hati amat sukar sekali. Perlu sangat cermat dan berhati-hati. Ku mengeluh, melepaskan sebuah keluhan perasaan yang berat, yang semakin memberati rasa hati.
Jiwa ini tidak lagi suci, terasa ia tersangat kotor.
"Ya Ilahi, di manakah Engkau selama ini yang bertakhta di hati? Kenapa ia sekarang telah terganti dengan makhlukMu? Kenapa diri terlalu tega menggantikan tempat teragung itu dengan insan dan makhlukMu yang hina?"
Hati bermonolog lagi sendirian. Tidak! Ia punya peneman. Sang Tuhan yang sentiasa sentiasa ada mendengar setiap keluhan.
"Astaghfirullahalazim.... Ighfirli Robbi... Ighfirli...."
Bibir memantulkan kalimah suci itu perlahan-lahan. Bibir diketap erat. Menahan tangkai emosi yang kian membuak-buak rasa pilu dan syahdu bila menyebutkan nama terindah itu, jiwa menjadi mudah terusik.
Berbicara dengan Sang Agung, air jernih itu terus menitis kemudian semakin mencurah-curah. Teresak-esak.
"Ya Rabbi, pegang hati ini, dakaplah ia seerat-eratnya, jangan sesekali biarkan ia termiliki oleh makhlukMu, ku tidak sanggup menggantikan tempatMu dengan yang lain, tidak sanggup juga berkongsi rasa itu, ku cuma mahu kasih itu teragung untukMu, ku cuma mahu rindu itu terpatri untukMu, ku cuma mahu cinta itu hanya membunga untukMu Tuhan, jangan biarkan daku terkalahkan dengan emosi dan perasaan yang seringkali dipermainkan oleh syaitan.
Ya muqallibal qulub, tetapkanlah jiwa ini setulusnya di jalanMu, pancarkan cahaya bagiku di jalan yang gelap agar aku tidak teraba-raba kesepian sendirian di hujung jalan yang kelam, jangan biarkan ku terus begini tanpaMu disisi.
Tuhan, Izinkanlah! Cuma ingin Engkau yang bertakhta di hati ini "
Berkali-kali kalimah itu diungkapkan pilu dalam pelantaran sujudnya. Wajah diraup setelah tangan menadah. Hati terus berdoa dan berharap, semoga Dia menerima segala-galanya.

bila lelaki serius dalam percintaan

Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan... Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu…

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.

Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...

Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat.

Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu.

Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh.

Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain.

Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu.

Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur.

Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.. Tidak suka kamu memakai seksi...kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek...

Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu... Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya. HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI..

10.06.2011

berkasih jangan lupa sahabat!!!!!!!


-menjaga hubungan
Jika kamu tidak sempat menghubungi sahabat kamu,jangan lupa telefon atau menghantar sms kepadanya .cara tersebut menunjukan  bahawa kamu tidak melupakannya dalam apa jua keadaan,biarpun sedang bersama kekasih hati

-jadi pendengar yang baik
Jika sahabat kamu sedang bercakap jangan potong percakapannya.jangan menoleh kekanan atau kekiri sebaliknya duduk secara berhadapan itulah tandanya kamu member perhatian terhadapnya

-jangan asyik cerita tentang kekasih
Bercerita soal kekasih boleh saja! Tapi jangan terlalu kerap sehingga membuat sahabat kamu berasa bosan. Tetapi jangan terlalu merahsiakannya. Sebagai sahabat, kamu boleh berkongsi apa-apa sahaja termasuk lah hal kekasih

-ajak keluar bersama
Jika ingin keluar bersama sahabat-sahabat kamu, bawalah sekali kekasih agar si dia lebih mengenali sahabat-sahabat kamu. Sebagai sahabat, mereka akan menerima kekasih kamu jika hubungan yang terjalin adalah akrab. Malahan ia akan merapatkan lagi hubungan kamu dengan sahabat

-mengutamakan yang pertama
Jika kamu bercadang untuk keluar bersama sahabat kamu , jangan batalkannya hanya kerana kekasih ingin pergi bersama. Hal ini hanya akan membuat sahabat kamu marah dan ingat persahabatan boleh diteruskan sampai bila-bila tetapi hubungan dengan keksaih belum tahu akan kesudahannya.

-berterus-terang
Berterus terang kepada sahabat jika kamu keluar bersama keksaih.memberitahu hal yang sebenar kepada sahabat kamu, membuatkan sahabat kamu akan lebih dihargai.

KATA HIKMAT SAHABAT

  • sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti
  • apabila kamu ingin mengambil seseorang menjadi teman, maka buatlah disupaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu ,maka ambilah dia menjadi sahabatmu
  • kalau kamu ramai sahabat bersyukurlah!lantaran ramai orang menghargai dan memperhatikan kamu ,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat
  • persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman
  • manusia yang paling lemah ialah orang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itulah ialah orang yang mensia-siakan teman yan diperolehnya
  • sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu dan bukan orang lain

HARGAI SAHABAT KAMU

  • sahabat kamu bersifat ceria sama ada terhadap dirinya atau terhadap kamu. jika kamu berasa ceria setiap kali bersama-samanya, hargailah dia 
  • sahabat kamu sentiasa memberi ketenangan dan tidak pernah menyukarkan hubungan persahabatan
  • sahabat kamu sentiasa berbaik sangka , malah menegur apabila kamu mulai buruk sangka.Dia menegur kerana dia sayang akan persahabatan kalian
  • sahabat kamu tidak suka mengata .Apabila duduk berbual atau berbincang dia tidak pernah mengata tentang orang lain
  • sahabat kamu sentiasa ikhlas dalam apa jua keadaan .ikhlas ketika berbual ,ketika menegur ,ketika memuji dan sebagainya.
  • sahabat kamu sentiasa jujur dalam persahabatan dan tidak pernah ada niat buruk sama ada ketika bersama-sama atau pun tidak
  • sahabat kamu memiliki tutur kata yang sopan dan mulia. tidak pernah mengeluarkan kata-kata yang tidak enak didengar
  • sahabat kamu berfikiran positif dan rasional ,tidak pernah melulu dalam perkataan dan perbuatannya malah setiap kata-katanya ada sebab dan munasabah yang dapat diterima
  • sahabat kamu memiliki hati dan niat yang baik.jika dia menegur atau menasihati kamu ,tidak ada niat lain selain untuk kebaikan bersama-sama bukan untuk mendapat pujian atau perhatian
  • sahabat kamu memiliki pendengaran yang baik.perkara ini mampu mengelakan daripada tersilap dengar dan pentasiran daripada kata-kata yang didengarinya



4 perkara dalam memperdalamankan persahabatan



  • mesra penuh penyantun
  • kasih sayang
  • merisik khabar
  • belas kasihan
Daripada Usamah bin Zaid r.a
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"jika seseorang menerima suatu kebaikan daripada  seseorang yang lain,kemudian ia mengatakan ;
'semoga Allah memberi balasan yang baik kepada engkau;'
maka ia telah menyampaikan penghargaan yang tinggi

riwayat al-tirmizi

9.18.2011

hidup hidup hidup

seseorang mampu memberi kehidupan diri sendiri dengan ketenangan ,kebahagian
itu adalah sebahagia kecil lumrah hidup di muka bumi ini
hidup memerlukan ketabahan yang berpanjangan

9.11.2011

kebahagian yang berpanjangan

kebahagian yang di impiankan dalam hidup amat dinantikan
kebahagian juga dapat menyambuh silaturahim

8.23.2011







kemanisan jiwa terletak pada hati yang ikhlas
kemanisan seperti coklat yang tak mampu mencairkan diri sendiri
kemanisan hanya ada apabila kita mampu menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada ALLAH swt
insyaallah......................................

jika ianya sebuah cinta

jika ianya sebuah cinta :

ia tidak mendengar namun sentiasa bergetar 
ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa
ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji 
ia tidak memaksa namun sentiasa berubah
ia tidak cantik namun sentiasa menarik
ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati
ia tidak terucap dangan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata
ia tidak hanya berjanji namun sentiasa cuba memenangi 
ia mungkin tidak suci namun sentiasa harmoni 
ia tidak hadir kerana permintaan namun kerana ketentuan
ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan namun hadir kerana pengorbanan dan kesetian
sabar sabar sabar.............!!!!!!!!!!!
hanya itu ungkapan yang hanya pada ku
kita hanya mampu bertahan sahaja
selagi kita mampu bersabar kita bersabar
mungkin sabar kita ada tahapnya 
mungkin satu hari nanti sabar kita tak dapat bertahan lagi
kita hanya mampu berdoa agar ALLAH swt 
agar sabar kita terus bertahan..........insyaallah..
 
cinta ibarat satu penyeksaan dalam hidup
tanpa cinta juga hidup sesorang tak tentu hala
cinta sememang nya indah jika kita pandai mengawalnya
cinta yang di hulurkan mampu membuat sesiapa sahaja tergoda
cinta datang dan pergi
cinta banyak memori manis dan pahit
bagi seseorang yang tak pernah jatuh cinta
mungkin tak dapat merasa nya
cinta kita hanya satu iatu cinta kepada ALLAH swt
hanya dia yang mampu memberkita ketenangan yang abadi selama-lamanya.......

6.14.2011

2.08.2011

TATKALA TUHAN MENCIPTA MANUSIA

AL-QURAN menceritakan perisitiwa penciptaan manusia yang pertama oleh  ALLAH SWT yakni Adam as dalam surah AL-BAQARAH ayat 30-38 seperti berikut:

ayat 30:dan ketika tuhanmu berfirman kepada para  malaikat "sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang  khalifah di bumi ",Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu makhluk yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah ,padahal kami sentiasa bertasbih memuji-mu dan mensucikan mu ?"tuhan berfirman "sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui..

ayat 31:dan dia pun mengajarkan adam  akan nama -nama seluruhnya,kemudian ditunjukkannya kepada malaikat ,lalu dia berfirman "terangkanlah kepada Aku nama benda-benda ini semuanya,jika kamu golongan yang benar..

ayat 32:malaikat berkata :mahasuci engkau ,kami tidak mempunyai ilmu selain apa yang engkau ajarkan kepada kami ,sesungguhnya engkau jua lah yang amat mengetahui lagi amat bijaksana"


ayat 33:Allah berfirman."wahai adam terangkan lah nama benda-benda ini semua kepda mereka,"maka setelah adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka ,Allah berfirman "bukankah Aku telah katakan kepada kamu bahawa Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan???


ayat 34:dan ketika kami berfirman kepada malaikat:"tunduklah kepada adam,"lalu mereka semua tunduk memberi hormat melainkan iblis.dia enggan dan takbur dan jadilah dia dari golongan yang kafir


ayat 35:dan kami berfirman : wahai  adam ,tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga dan makanlah makanan apa sahaja yang kamu berdua suka sepuas-puasnya dan janganlah kamu hampiri pokok ini (jika kamu hampiri) maka akan jadilah kamu dari golongan orang yang zalim

ayat 36:setelah itu syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka berada di dalamnya dan kami berfirman "turunlah kamu sebahagian kamu menjadi musuh kepada kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa"

ayat 37: kemudian Adam menerima dari tuhannya beberapa kalimat lalu Allah menerima taubatnya.sesungguhnya Allah dialah yanga amat pengampuan lagi amat mengasihani

ayat 38:kami berfirman:'turunlah kamu semua dari syurga itu!kemudian jika datang kepada kamu pertunjuk dari ku maka sesiapa yang mengikut pertunjuk ku nescaya tidak ada kebimbangan bagi mereka dan mereka pun tidak akan berduka.....

2.06.2011

adab bersahabat

al-qamah,seorang ulama masyhur dahulu kala memberikan beberapa panduan kepada anaknya dalam memilih sahabat antaranya:

*) jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu  sedaya  upayanya
*) jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu,dia akan menghargainya 
*) jika engkau membuat bakti kepadanya pasti dia akan melindungimu
*) jika engkau berdua berselisih faham dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu

sirah

jika kita menyoroti sirah peribadi agung Nabi Muhammad SAW kita akan mendapati bahawa ketika Baginda dilahirkan.Thuwaibah telah memberi khabar gembira kepada Abu lahad yang ketika itu menjadi majikannya dengan mengatakan:                                                                                                                         
                             TELAH LAHIR SEORANG ANAK LELAKI
                              DARIPADA ABDULLAH
maka AbuL ahad pada ketika itu dengan serta merta memerdekakannya kerana terlalu gembira.....

1.13.2011

kehilangan

ku kehilangan
besendirian
tolong
aku mencari
hala tuju
ku kehilangan
penuh
kesunyian
temanku
aku
disini
sedang menunggu
berat hati untuk melangkah
pergi
makin berat
bila kau
menangis
usah tinggalkan
aku bersendiri
hanya
pada mu
harapanku terakhir................
kehilangan......kehilangan......kehilangan