design

comel


Pengikut

2.08.2011

TATKALA TUHAN MENCIPTA MANUSIA

AL-QURAN menceritakan perisitiwa penciptaan manusia yang pertama oleh  ALLAH SWT yakni Adam as dalam surah AL-BAQARAH ayat 30-38 seperti berikut:

ayat 30:dan ketika tuhanmu berfirman kepada para  malaikat "sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang  khalifah di bumi ",Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu makhluk yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah ,padahal kami sentiasa bertasbih memuji-mu dan mensucikan mu ?"tuhan berfirman "sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui..

ayat 31:dan dia pun mengajarkan adam  akan nama -nama seluruhnya,kemudian ditunjukkannya kepada malaikat ,lalu dia berfirman "terangkanlah kepada Aku nama benda-benda ini semuanya,jika kamu golongan yang benar..

ayat 32:malaikat berkata :mahasuci engkau ,kami tidak mempunyai ilmu selain apa yang engkau ajarkan kepada kami ,sesungguhnya engkau jua lah yang amat mengetahui lagi amat bijaksana"


ayat 33:Allah berfirman."wahai adam terangkan lah nama benda-benda ini semua kepda mereka,"maka setelah adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka ,Allah berfirman "bukankah Aku telah katakan kepada kamu bahawa Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan???


ayat 34:dan ketika kami berfirman kepada malaikat:"tunduklah kepada adam,"lalu mereka semua tunduk memberi hormat melainkan iblis.dia enggan dan takbur dan jadilah dia dari golongan yang kafir


ayat 35:dan kami berfirman : wahai  adam ,tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga dan makanlah makanan apa sahaja yang kamu berdua suka sepuas-puasnya dan janganlah kamu hampiri pokok ini (jika kamu hampiri) maka akan jadilah kamu dari golongan orang yang zalim

ayat 36:setelah itu syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka berada di dalamnya dan kami berfirman "turunlah kamu sebahagian kamu menjadi musuh kepada kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa"

ayat 37: kemudian Adam menerima dari tuhannya beberapa kalimat lalu Allah menerima taubatnya.sesungguhnya Allah dialah yanga amat pengampuan lagi amat mengasihani

ayat 38:kami berfirman:'turunlah kamu semua dari syurga itu!kemudian jika datang kepada kamu pertunjuk dari ku maka sesiapa yang mengikut pertunjuk ku nescaya tidak ada kebimbangan bagi mereka dan mereka pun tidak akan berduka.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan