design

comel


Pengikut

12.27.2012

aiskrim goreng

hari nie ak cuba buat aiskrim goreng memang jadi pun
suka3.....esk nak buat apa erk??

10.11.2012

belajar


Data presentation
1    1)      Pie chart
Eg: NZ Holdings current assets in RM(million) for the year 2004 are given in the table :
Current asset
 RM(million)
Stocks
1,520
Cash
720
others
860

     Solution :
a)      Number of categories = 3
b)      Percentages :
1)      Stocks =    1520 / (1520+720+860) * 100 = 49 %
2)      Cash    =     720 /  (1520+720+860) *100  =  23 %
3)      Others =   860 /  (1520+720+860)  *100  = 28 %

    

baru selesai baca novel.....



best novel nie tentang keluarga dan percintaan

Darmia dan Khairul amir (watak utama)


10.09.2012

alhamdullilah.......

selesai sudah paper MKT243
next week paper QMT181 pulak
terus berjuang sampai berjaya
cayok3333 pa'ah

10.07.2012

mkt243

chpter 10

pricing objectives
1) profit oriented pricing objectives
  - profit maximization
2) sales oriented pricing objectives
 - market share
3) status quo pricing objectives
 - maintain existing price

strategies a price for a new good or service
-penetration pricing
-price skimming
-status quo pricing

pricing line
-setting prices for the entire line of products rather than for a single component of the line

relationships among product lines
-complementary products
-product substituties
-neutral relationship




ya badratim...

alhmadulillah...

telah lama berakhir

setiap nafas dihembuskan
setiap kata-kata disusunan rapi
setiap ungkapan diungkap
setiap ayat dioleh
setiap susunan di baiki
setiap ceria akan murung
setiap nadi akan henti
setiap ucap akan dibalas
setiap tingkahlaku akan di rakam
setiap apa yang dilafazkan akan ku ingati
setiap apa yang berlaku menjadi pedoman

8.16.2012

7.30.2012

tazkirah

Fikir mati itu jg meangkumi penyediaan kpd barisan pimpinn, sokongan, pelapis & ekonomi agar apa yg ditinggalkan akan terus trlaksana sbg amal jariah.

7.29.2012

ramadhan

alhamdulillah sudah 5 hari kita semua menjalankan ibadah puasa
alhamdulillah kita dipertemukan lagi ramadhan al-mubarak

ramadhan

alhamdulillah sudah 9 hari kita berpuasa
syukur .....

6.14.2012

Tanda Anda Sudah Berjumpa Lelaki Yang Sesuai

Untuk seseorang wanita memilih lelaki yang bersesuaian dengan mereka adalah merupakan satu proses yang sukar. Ia amat berbeza dengan pemilihan lelaki yang lebih mengutamakan kecantikan fizikal. Faktor ini lebih merumitkan jika ianya melibatkan mengenai soal pemilihan pasangan hidup. Jadi, apakah tanda anda sebagai wanita sudah berjumpa dengan lelaki yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup?
(1) Adakah anda berdua berkongsi kepercayaan yang sama?- Nilai sesuatu hubungan adalah mengenai bagaimana anda berkongsi saat masa bersama. Walaupun anda mungkin tidak bersetuju dengan semua perkara, apa yang lebih penting adalah mengenai teras kepercayaan anda dalam hubungan.
(2) Bagaimana mereka mengawal pergaduhan- Adalah mustahil sekiranya anda menyatakan bahawa tidak pernah berselisih faham bersama pasangan lelaki. Soal pergaduhan bukanlah masalah utama, apa yang lebih penting adalah tentang bagaimana lelaki tersebut mengawal pergaduhan. Adakah anda berpuas hati?
(3) Bagaimana mereka melayan orang lain- Manusia tidak hidup dalam keadaan sendirian, masing-masing ada komuniti yang tersendiri. Bagitu juga anda, selain pasangan, pasti ada orang lain yang lebih penting. Adakah anda menggemari cara pasangan anda melayan orang yang turut penting dalam kehidupan anda?
(4) Bagaimana mereka melayan anda dihadapan orang lain- Sekiranya anda dapat merasakan suatu keistimewaan walaupun dalam masa yang sama mereka perlu turut melayan orang lain, ia menunjukkan bahawa anda adalah orang penting dalam kehidupan mereka.
(5) Adakah mereka memahami anda- Bagaimana mereka mendengar pendapat atau luahan isi hati anda walaupun mereka sendiri tidak menyetujui dengan apa yang anda luahkan?
(6) Adakah mereka seorang yang bertanggungjawab- Sekiranya mereka hanya memberikan beban kepada anda, ia bermakna mereka bukanlah lelaki yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup.

6.12.2012

assalamualaikum w.b.t bismillahirrohmanirrohimm ..dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
masih lagi kita bersua...
alhamdulillah syukur kepada allah swt  ku masih di bumi yang nyata...
kini aku masih meneruskan pengajian sem 2 ku di UTC 
nampaknya banyak duga dan cabaran yang perluku tempuhi 
akan ku usaha menghadapi cabaran dan duga itu

6.05.2012

secubit sedih
segumpal suka
sesudu duka
sedetik kemarahan
seliter kegembiran
segelas luka
sebaldi seram
secawan lucu dan lawak

5.02.2012

rakan-rakan seperjuangan ku,
dimana kamu berada ku
doa kan semua sihat dan meneruskan perjuangan
sampai kamu semua berjaya dalam kehidupan masing-masing

Setia hujung nyawa...........






*pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. seseorang perlu menggantikan tempat sofea demi maruah keluarga.
Datin adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya.
kala terpandang Ersalina Imani hatinya terus terpaut. gadis itu segera dilamar

*Heliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu . juga demi menyelamatkan maruah keluarga.
Ersalina terpaksa rela. dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. namun status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

*zain cuba menyemaikan cinta untuk si isteri. apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya lalu kasihnya melimpah di hati .
kala berhasrat menyambut cinta Ersalina , isterinya disahkan mengandung sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu .kepedihan ini amat dalam lukanya

*Ersalina merelakan kemarahan dan amnukan zain
bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah.
tekadnya untuk setia pada zain takkan tercalar walau apa pun yang terjadi dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

 ( aku hanya ingin bersamamu kerana aku telah terlanjur mencintaimu )


uda dan dara.......

*sudah sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita ,tidak mungkin  Siti Mariam menerima
cinta Izzat Hilman .
kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayang dihadapan mata
namun , si uda tidak putus asa. si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi

*ya , mungkin ada rasa rindu  disebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu
namun dalam diam Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman
ah , bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu dia jadi nanar
apatah lagi kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka.

*hubungan diteruskan tetapi Siti Mariam meletakkan syarat.mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah
tempoh yang diberikan hanya tujuh bulan. muktamad!!!!!

*berat sungguh syarat itu!! Namun si uda tidak peduli. si dara perlu akur cinta sejati mereka
bagi Izzat Hilman jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat...

( saat aku menbenci dirimu kau datang untuk memujuk )

iNgAt JaNjI KiTa...

novel paling yang aku suka....
sebab watak-watak dalam cerita sangat best
bergini cerita nya :

menggelabah Raimi apabila Tok Jalal mahu menjodohkan dia dengan gadis yang tidak dikenali.
kalau menbantah , muntukengamuk pula datuknya itu. terpaksa dia mencipta helah untuk melepaskan
diri . idea gila datang tiba-tiba sahabatnya disuruh jadi perempuan.nak tak nak adi turutkan jua permintaan
Raimi untuk menjadi makwenya
tanpa pengentahuan raimi , adi ada banyak rahsia yang di simpan dan adi terpaksa berbohong kepada
semua. dan apa yang akan terjadi baca lah novel nie.....:)

( realiti terasa seperti fantasi kerana hati ini sudah kau miliki )

Awak suka saya tak???

nie novel yang saya baca mula-mula minggu nie :
muka surat pun boleh tahan 1056
sampai 1 hari setengah saya baca tapi memang best lah cerita nie

*kisah kasih sayang  diantara Hilman Yong, kacukan Korean-Amerika-Cina dan Intan Zulaikha
Hilman Yong seorang yang baru mengenali islam lebih mencintai islam daripada Intan Zulaikh
*muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha  dengan aksinya nakal
dan menggoda .
*intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmanya....
seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan

dan macam mana adakah Hilman Yong akan bersatu semula dengan Intan Zulaikha?
dan dapat kah Damien Yong berpelung men dapatkan Intan Zulaikha?
 nak tahu kasih selanjut nya baca lah novel nie kat atas tu.......^_^


NoVeL yang ku baca minggu ini :
ini novel yang ku baca dalam minggu ini sahaja......

4.26.2012

cara mengatasi gemuruh

Bagaimana untuk menghilangkan rasa gemuruh? Perasaan gemuruh adalah perkara yang lazim terjadi kepada setiap orang apabila perasaan takut muncul. Perkara ini berlaku kerana kesan dari fisiologi badan yang bertindak secara otomatis sebagai tujuan keselamatan mandiri. Kesannya adalah seperti berikut



1. Kenaikan kadar glukosa dalam darah
2. Kenaikan kadar kortikostroid dan katekolamina dalam darah dan air kencing
3. Kenaikan kadar denyutan jantung
4. Kenaikan tekanan darah
5. Kekeringan pada bibir dan mulut
6. Pelebaran pupil
7. Kesukaran bernafas dan nafas turun naik dengan cepat.
8. Serangan sejuk dan panas
9. Rasa kaku dan kebas pada anggota badan
10. Peluh sejuk keluar daripada rongga kulit

Teknik untuk mengatasinya ialah dengan cara

1. Pernafasan- lakukan pernafasan sehingga 30 kali iaitu pastikan nafas yang disedut hingga ke pusat dan tahan selama 7 saat dan hembuskan kembali. Bagi memastikan nafas disedut dalam2, maka cuba gunakan tangan kanan pegang dibahagian dada dan tangan kiri di bahagian pusat. jika kedua2 tangan terasa bergerak ,maka anda telah berjaya melakukannya

2. Persediaan dan latihan amat diperlukan. Jika anda takut untuk berucap atau temuduga persediaan apa sahaja isi atau bahan berkenaan perlu dibuat. Selepas itu anda boleh berlatih seorang di hadapan cermin.
3. Pastikan anda tersenyum apabila berhadapan dengan penemuduga ataupun khalayak

4. Jangan terlalu memikirkan mereka hanya memberikan tumpuan pada anda dan mengwujudkan sangkaan 2 negatif pada diri anda. Sebenarnya mereka lebih berminat supaya anda dapat sampaikan secara yang baik ikut kemampuan anda

5. Tanyakan apakah perkara yang paling buruk akan terjadi jika anda melakukan persembahan dan anda akan brsedia terima apa sahaja . Apa yang penting anda akan baiki dari masa ke semasa

6.Rasa gemuruh makin dilawan makin menjadi kesannya. Jadi anda perlu terima dalam keadaan tenang kerana ini cara badan anda untuk respon supaya anda dapat buat yang terbaik . Anggapkan rasa gemuruh sebagai 'kawan' dan bukanya lawan anda,. Dengan cara ini anda akan dapat mengawal perasaan tersebut dengan lebih mudah lagi.

7. Sematkan kata-kata positf dalam diri anda bahawa anda yakin anda pasti boleh melakukan. Lakukan berulang-ulang dengan penuh emosi dan percaya diri.

8.Hubungan mata sangat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tingkat keyakinan anda . Elakkan dari bercakap dengan keadaan yang menunduk dan juga tiada hubungan mata(eye contact)

9. Tumpukan pada isi yang hendak anda sampaikan dan bukannya menumpukan perasaan apa yang orang lain akan katakan pada anda. Jika tidak anda hanya akan wujudkan perasaan gelabah
10. Gambaran minda yang berulang-ulang perlu dilakukan supaya anda menyampaikan mesej kepada minda bawah sedar anda. Bayangkan anda dapat melakukan perkara yang anda takuti dengan jayanya. Anda dapat laksanakan secara hebat dan orang lain berasa kagum pada anda. Kesannya apabila anda melakukan pada masa sebenar, kesan secara otomatis akan berlaku tanpa anda sedar.Lakukan juga saranan auto pada diri anda berulang kali. Rasakan kehebatan itu dan lakukan anchoring seperti petik jari , gengam tangan dan sebagainya bagi menandakan rasa hebat tersebut
11. Teknik doa adalah paling berkesan seperti doa nabi Musa
Doa Nabi Musa AS

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku; ( Surah Taha : 25 -27 )

Atau Ya Allah ilhamkan daku kecerdasan dan lindungilah aku dari sifat jahat nafsuku

12.Persedian mental ialah anda memang benar-benar seronok untuk melakukan perbuatan tersebut, jadi anda perlu sampaikan dengan rasa excited.

13.Katakan pada diri anda bahawa apa sahaja yang anda buat walaupun apa sahaja kesilapan anda sedia untuk menanggungnya atau reda terimanya. Cara ini menjadikan minda anda tidak tertekan dan rasa santai yang menyebabkan anda boleh melakukan dengan lebih baik dan lebih baik lagi.

14. Katakan berulang-ulang dengan diri saya suka jumpa dan bercakap dengan anda dan anda juga suka untuk berjumpa dan mendengar apa yang saya cakap.

4.24.2012

Tip Bangkit Daripada Kegagalan

1) lakukan aktiviti menyeronokkan
2) bersosial
3) berfikiran positif
4) bersikap terbuka
5) usah menyalahkan diri & orang lain
6) sokongan keluarga & teman
7) jaga kesihatan
8) luah perasaan
9) potensi diri

UkHuWaH ItU InDaH

Indahnya suatu persahabatan itu apabila ia wujud kerana Dia. Indahnya bila cinta yang ada kerana Dia. Indahnya kasih sayang yang wujud kerana Dia. Indahnya bila segalanya disandarkan hanya kerana Dia. Indahnya bila segala perbezaan disatukan kerana matlamat yang satu, iaitu menggapai redha-Nya.
Tapi indahnya ukhwah itu tak cukup sekadar di mulut , Tak terlestari sekadar pada baris-baris ayat sahaja dan dalam satu-satu hubungan itu pastinya ada ujian. Maka, timbullah episod-episod terasa hati, tak puas hati, bersedih hati, makan hati, sakit hati akan menjengah hidup kita dan pastinya semua ini mampu menggugat cinta yang dah terbinayang lahirnya semua dari hati
Apa juga permasalahannya, semuanya dari hati. Kita semua berbeza. Maka berlapang dadalah. Jangan biarkan penyakit-penyakit hati meraja dalam diri. Sebab pasti, kita yang akan rugi.
Hidup tanpa kebasahan jiwa ukhwah, seperti hidup yang mati!
Ukhuwah
Saya baru diketuk kebenaran. Ukhuwah yang manis tidak akan dapat digapai secara membuta tuli. Tak cukuplah ukhuwah itu dengan hanya bertegur 'hye-hye dan bye-bye' tetapi ukhuwah yang sebenar melahirkan kesatuan dan menenangkan hati. Bila persaudaraan yang dihulur bukan keranaNya, percayalah, kita akan kalah dengan ujian dan berpecah juga akhirnya.
Ukhuwah itu mengalami beberapa tingkatan proses iaitu :
1. Ta'aruf : Saling Mengenal
2. Tafahum : Saling Memahami
3. Ta'awun : Saling Menolong
4. Takaful : Saling Menanggung
5. Itsar : Mendahulukan orang lain daripada diri sendiri


Di mana letaknya ukhuwah kita?
Saya sering merefleksi diri, melihat di mana kedudukan kami. Saya akui mungkin masih jauh dari menikmati nikmatnya ukhuwah yang sebenar. Namun, perjalanan ini tidak akan terhenti di sini. Saya mahu ukhuwah kami bersemi hingga bila satu saat kami ditakdirkan terpisah jauh, saya tidak perlu gusar. Kerana hati-hati kami telah pun terikat padu.
Saya mengharapkan setiap dari kami sentiasa disuluh hidayah Illahi, sentiasa berada dalam biah solehah hingga nanti apabila kami ditakdirkan berkahwin, setiap dari kami mampu membina baitul muslim yang baik. Saya harapkan setiap kami sedia berjihad dan syahid. Saya mengharap dengan sangat agar kami menjadi tetangga di syurga nanti.
semoga Allah perkenankan.

4.23.2012

memutuskan silaturahim ; satu dosa besar

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”


 
Huraian
i) Silaturahim bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang telah terbina terhadap saudara, kerabat, teman dan sebagainya.


ii) Membina dan mengeratkan silaturahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah s.a.w amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya:” Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari.”


iii) Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan malah ia membawa erti yang lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya.


iv) Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahului dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.


v) Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T.

CoUpLe YaNg HaLaL


Indah kan kita bercinta?
Indah kan bila kita saling merindu?
Indah kan bila kita boleh berpengangan tangan di hadapan semua orang?
Indah kan bila kita saling meluangkan masa?
Dan indah kan bila semua itu HALAL untuk kita?

Allah SWT berfirman, “Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai karena Aku, saling kunjung-mengunjungi karena Aku, dan saling memberi karena Aku.” (Hadits Qudsi).
Cinta tu fitrah,
Cinta tu indah.
Dan lagi indahnya cinta itu,
Bila 'i love you'
Lebih-lebih lagi redha Allah dan hubungan yang sah!


Sebenarnya,tak salah untuk kita kahwin awal atau kahwin muda. Malah Perkahwinan itu suatu ibadah , sesuatu yang indah .Dan  cantiknya cinta itu bila kita menikah dahulu disebabkan rasa sayang dan hormat kita pada pasangan kita, kerana kita bimbang jika cinta kita dan pasangan kita itu boleh menyebakan dosa dan maksiat .Inilah yang baru dinamakan cinta!
Pernah dengar tak pasal nikah khitbah? Nikah khitbah ini sebenarnya indah,seronok dan bukannya menakutkan. Nikah khitbah ini bermaksud apabila pasngan itu menikah tetapi tinggal berasingan atau orang melayu panggil ia sebagai 'nikah gantung' .Nikah khitbah ni sebenarnya macam tiket untuk betul-betul ber'couple' dan bercinta dengan pasangan kita.Dengan tiket nikah ni, tiada masalah untuk kita bermesra, bergurau senda dan sebagainya dengan pasangan kita kerana dah disahkan sebagai suami isteri yang lebih menepati khitbah secara Islam.
'Couple' lain semua bercinta
Tapi kita lebih istimewa kerana saling mencintai kerana Allah
'Couple' lain berpegangan tangan dan ianya berdosa
Tapi kita halal untuk berpegangan tangan dan bermesra dengan izin Allah.
Seonok kan??
"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1).
Oleh itu, bagi anda yang sedang bercinta atau mencintai seseorang . Hormatilah pasangan anda dan janganlah kalian melakukakan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.Atau jika anda dan pasangan anda saling mencinta , jagalah hati dan ambillah langkah seperti 'nikah khitbah' ini.Dengan nikah khitbah ini, bolehlah kita menjadi 'couple' dengan romantik dan halal. 
Indah kan?

Semoga Allah menganugerahkan saya dan awak cinta yang paling indah , halal dan berkekalan sampai jannah.Alhamdulillah :)

(¯`*•.¸♥ Air Mata Seorang Wanita ♥¸.•*´¯)



Air mata seorang wanita,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta lelaki,Maka hilanglah sifat takwanya.

Air mata seorang wanita,
... Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,Maka hilanglah sifat keredhaannya.

Air mata seorang wanita,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,Maka terbitlah sifat penyayangnya.

Air mata seorang wanita,
Andai mengalir kerana terluka,Maka hilanglah sifat ketabahannya dalam mengharungi ranjau kehidupan.

Air mata seorang wanita,
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,Memadamkan api neraka kelak...(◕‿◕)

kesabaran adalah segala-galanya

sabar itu saja perkataan yang mampu ku pertahankan dalam kehidupan ku kini
kerana sabar itu lah banyak membantu ku memperjuangkan apa yang ku impikan
hanya itu lah kini ku bertahan
jauh di sudut hati ku
ku telah kalah tapi berkat kesabaran itu lah ku mampu terus kehadapan
banyak telah ku hadapi halangan dan cabaran

*segala apa yang orang lain bercakap tentang kita harusnya sabar selagi boleh sabar hanya itu mampu kita lakukan

2.10.2012

8 tips mengelakkan penangguhan

Masalah bertangguh atau dalam Bahasa Inggerisnya 'procastination' merupakan satu ancaman kronik bagi ramai umat Islam di Malaysia mahupun seluruh dunia.
Oleh kerana terbiasa dengan sikap bertangguh, sesuatu matlamat atau tujuan itu sukar untuk direalisasikan dengan sempurna dan cemerlang.
Berikut kami kongsikan tips untuk mengatasi masalah ini.
Pengurusan Masa: 8 Tips Mengelakkan Penangguhan
1. Kenal pasti sebab penangguhan sesuatu tugasan
Tanya kepada diri anda, adakah anda takut akan gagal dalam tugasan tersebut? Ataupun, anda seorang yang mementingkan kesempurnaan yang hanya akan memulakan kerja setelah semuanya selesai? Ataupun anda seorang yang mudah terganggu dan tidak fokus dalam melangsaikan sesuatu tugasan?
2. Kenal pasti tugasan anda dan bahagikannya kepada tugasan yang lebih kecil
Satu tips motivasi pernah dikongsikan, untuk makan seeokor gajah, caranya adalah dengan memotong daging gajah itu kepada ketulan kecil daging.
3. Letakkan tarikh akhir untuk tugasan anda
Cuba berikan tarikh dan masa untuk sesebuah tugasan. Contohnya, anda meletakkan matlamat untuk menghabiskan membaca sebuah buku dalam masa 1 minggu.
4. Bekerja dalam blok masa yang kecil tetapi kerap daripada bekerja dalam satu blok yang mengambil masa yang panjang
Contohnya apabila belajar, rehatlah sebentar selama 10 minit untuk setiap 1 jam atau 30 minit setelah belajar selama 2 jam.
5. Mulakan dengan tugasan yang mudah dulu
Ini bertujuan untuk memberi momentum kepada anda untuk bergerak. Hal lain seterusnya akan menjadi mudah kerana momentum yang sedia ada.
6.  Mulakan dengan tugasan yang anda rasa sukar
Ini bercanggah dengan tips 6. Manfaat tips ini adalah untuk memberikan psikologi kelegaan kepada anda. Selepas anda berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan yang sukar, anda akan merasa sangat selesa kerana merasakan sebuah beban telah berjaya dialih. Tips ini memberi kepuasan kepada diri.
7. Memberitahu orang lain tentang tugasan anda
Contohnya, anda memberitahu kepada orang lain bahawa anda akan menyiapkan sesuatu tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini akan menimbulkan rasa tanggungjawab di dalam diri anda untuk melunaskan tugasan tersebut.
8. Elakkan berada di tempat yang mampu mengganggu anda
Contohnya anda boleh memilih untuk belajar di perpustakaan atau tempat lain yang lebih sunyi jika anda bimbang anda akan leka dengan internet.

bagaimana mendapatkan keberkatan?

Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat?
Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.
TIPS BELAJAR
1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.
Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.
Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.
2) Disiplinkan diri.
Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.
Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.
Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.
3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.
Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.
Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.
4) Utamakan seruan Allah S.W.T.
Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:
"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."
Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.
5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.

Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.
.............................................................
Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).
Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.
Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.

1.30.2012

luahan hati seorang sahabat

Dalam hidup ini akan ada dua perkara yang tak boleh lari daripada minda dan fikiran kita, iaitu keluarga dan kawan. Di situlah kebanyakan punca masalah korang berlaku. Bertekak dengan keluarga sehingga lari daripada rumah, bertekak dengan kawan-kawan sehingga bergaduh, bertumbuk. Tapi perkara-perkara inilah yang akan menyebabkan korang ingat sehingga hujung nyawa.

Kawan.Semua orang ada kawan dan aku percaya, ramai (termasuk aku) yang masih tercari-cari kawan yang benar-benar korang sayang atau bahasa mudahnya, kawan karib. Bukan mudah untuk mencari seorang kawan yang benar-benar boleh dipercayai kerana bukan semua orang ikhlas untuk berkawan. Ada sesetengah manusia ini hanya mahu berkawan kerana kepentingan mereka.


Sebagai contoh, korang adalah blogger popular, maka beraturlah orang yang request nak jadi kawan korang kat facebook.Bila buat status,maka beratuslah yang komen.Sebab apa?Sebab semua nak berbangga jadi kawan kepada blogger terkenal.Tapi cuba fikir balik siapa diri korang sebelum jadi popular.Ada diorang kesah?Sewaktu korang post status,berapa kerat je yang komen?

Apa yang aku cuba sampaikan kat sini, korang cubalah hargai kawan korang yang ada disekeliling korang sekarang. Bukan susah untuk menghargai kawan, beli pizza lepas tu makan ramai-ramai pun dah dikira baik. Jangan berkira sangat pasal duit.Duit tak mampu beli kawan!Korang kena ingat,suatu hari nanti,bila korang dah tua,duduk diatas kerusi roda,bila dapat berita kawan-kawan korang meninggal, apa yang korang fikirkan? KENANGAN BERSAMA KAWAN-KAWAN! Ada korang tunjukkan penghargaan korang kat kawan-kawan?

Jadi ingatlah, duit tak mampu beli kawan. Biarkan saja walaupun orang tak suka korang belanja kawan untuk menunjukkan korang menghargai. Tapi apa yang penting, korang ada rasa bahagia bila duduk dengan kawan, dapat gelak sesama, menangis sesama, sebelum mereka berjauhan dengan korang...Walaupun mereka datang sekejap, mereka pernah mengisi ruang dalam memori korang..