Bagaimana untuk menghilangkan rasa gemuruh? Perasaan gemuruh adalah
perkara yang lazim terjadi kepada setiap orang apabila perasaan takut
muncul. Perkara ini berlaku kerana kesan dari fisiologi badan yang
bertindak secara otomatis sebagai tujuan keselamatan mandiri. Kesannya
adalah seperti berikut
1.
Kenaikan kadar glukosa dalam darah
2. Kenaikan kadar kortikostroid
dan katekolamina dalam darah dan air kencing
3. Kenaikan kadar
denyutan jantung
4. Kenaikan tekanan darah
5. Kekeringan pada
bibir dan mulut
6. Pelebaran pupil
7. Kesukaran bernafas dan nafas
turun naik dengan cepat.
8. Serangan sejuk dan panas
9. Rasa kaku
dan kebas pada anggota badan
10. Peluh sejuk keluar daripada rongga
kulit
Teknik untuk mengatasinya ialah dengan cara
1.
Pernafasan- lakukan pernafasan sehingga 30 kali iaitu pastikan nafas
yang disedut hingga ke pusat dan tahan selama 7 saat dan hembuskan
kembali. Bagi memastikan nafas disedut dalam2, maka cuba gunakan tangan
kanan pegang dibahagian dada dan tangan kiri di bahagian pusat. jika
kedua2 tangan terasa bergerak ,maka anda telah berjaya melakukannya
2.
Persediaan dan latihan amat diperlukan. Jika anda takut untuk berucap
atau temuduga persediaan apa sahaja isi atau bahan berkenaan perlu
dibuat. Selepas itu anda boleh berlatih seorang di hadapan cermin.
3.
Pastikan anda tersenyum apabila berhadapan dengan penemuduga ataupun
khalayak
4. Jangan terlalu memikirkan mereka hanya memberikan
tumpuan pada anda dan mengwujudkan sangkaan 2 negatif pada diri anda.
Sebenarnya mereka lebih berminat supaya anda dapat sampaikan secara yang
baik ikut kemampuan anda
5. Tanyakan apakah perkara yang paling
buruk akan terjadi jika anda melakukan persembahan dan anda akan brsedia
terima apa sahaja . Apa yang penting anda akan baiki dari masa ke
semasa
6.Rasa gemuruh makin dilawan makin menjadi kesannya. Jadi
anda perlu terima dalam keadaan tenang kerana ini cara badan anda untuk
respon supaya anda dapat buat yang terbaik . Anggapkan rasa gemuruh
sebagai 'kawan' dan bukanya lawan anda,. Dengan cara ini anda akan dapat
mengawal perasaan tersebut dengan lebih mudah lagi.
7. Sematkan
kata-kata positf dalam diri anda bahawa anda yakin anda pasti boleh
melakukan. Lakukan berulang-ulang dengan penuh emosi dan percaya diri.
8.Hubungan
mata sangat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tingkat
keyakinan anda . Elakkan dari bercakap dengan keadaan yang menunduk dan
juga tiada hubungan mata(eye contact)
9. Tumpukan pada isi yang
hendak anda sampaikan dan bukannya menumpukan perasaan apa yang orang
lain akan katakan pada anda. Jika tidak anda hanya akan wujudkan
perasaan gelabah
10. Gambaran minda yang berulang-ulang perlu
dilakukan supaya anda menyampaikan mesej kepada minda bawah sedar anda.
Bayangkan anda dapat melakukan perkara yang anda takuti dengan jayanya.
Anda dapat laksanakan secara hebat dan orang lain berasa kagum pada
anda. Kesannya apabila anda melakukan pada masa sebenar, kesan secara
otomatis akan berlaku tanpa anda sedar.Lakukan juga saranan auto pada
diri anda berulang kali. Rasakan kehebatan itu dan lakukan anchoring
seperti petik jari , gengam tangan dan sebagainya bagi menandakan rasa
hebat tersebut
11. Teknik doa adalah paling berkesan seperti doa nabi
Musa
Doa Nabi Musa AS
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي
وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا
قَوْلِي
Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah
bagiku, dadaku; “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; “Dan lepaskanlah
simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku; ( Surah Taha :
25 -27 )
Atau Ya Allah ilhamkan daku kecerdasan dan lindungilah
aku dari sifat jahat nafsuku
12.Persedian mental ialah anda
memang benar-benar seronok untuk melakukan perbuatan tersebut, jadi anda
perlu sampaikan dengan rasa excited.
13.Katakan pada diri anda
bahawa apa sahaja yang anda buat walaupun apa sahaja kesilapan anda
sedia untuk menanggungnya atau reda terimanya. Cara ini menjadikan minda
anda tidak tertekan dan rasa santai yang menyebabkan anda boleh
melakukan dengan lebih baik dan lebih baik lagi.
14. Katakan
berulang-ulang dengan diri saya suka jumpa dan bercakap dengan anda dan
anda juga suka untuk berjumpa dan mendengar apa yang saya cakap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan